Setelah berhempas pulas menyiapkan
buku pertama kini buku kedua kembali dengan kisah-kisah yang lebih mencabar dan
plot-plot yang lebih menarik. Berkesinambungan dari buku yang pertama buku
kedua ini juga mengandungi cerita-cerita lagenda yang masih tidak diperkenalkan
didalam buku yang terdahulu. Pembaca akan dibawa lebih dalam lagi tentang
kehidupan watak utama dan cabaran-cabaran yang perlu dilalui. Aspek-aspek
misteri dan pelik diterapkan sewaktu menulis novel ini bagi membolehkan pembaca
menikmati dua alam yang berbeza sepenuhnya.
Kebanyakkan dari kita menganggap ilmu
atau pengetahuan tentang dunia nyata ini telah cukup tetapi tanggapan itu silap
sama sekali. Sempadan antara dunia fantasi dan dunia nyata semakin hari semakin
rapat dan hampir tidak menunjukkan sebarang perbezaan. Sempadan telah menjadi
sangat kabur. Terlalu banyak perkara-perkara diluar ruang lingkup reality
berlaku tidak dapat dijelaskan oleh sains. Begitu juga dengan dunia sains
dimana sesuatu yang dianggap mustahil pada masa dahulu menjadi nyata. Kenyataan
ini jelas menunjukkan ada perhubungan antara dua dunia yang berbeza.
Masing-masing cuba membuktikan sesuatu. Bagaikan cas positive dan negative
didalam aliran elektrik.
Jadi adalah amat menarik untuk
menulis cerita yang berunsurkan dua dunia ini. Melalui pembacaan novel ini
pembaca dapat mengembara kedalam dunia raliti dan fantasi dengan plot-plot yang
lebih mendebarkan dan menyayat hati. Penceritaan didalam novel ini juga
menekankan aspek keperincian supaya pembaca dapat membayangkan dan menyelami
perkara-perkara yang membuatkan kisah lagenda ini begitu menarik dan misteri.
Bagi menyuntik jiwa didalam penulisan novel banyak bahasa-bahasa pertuturan
biasa dan pelat pelbagai bangsa serta negeri-negeri di negara ini digunakan
terutama sekali dalam dialog pertuturan antara watak. Bahasa-bahasa ringkas
juga banyak digunakan supaya pembaca setiap peringkat umur dapat membacanya
dengan perasaan seronok dan menyenangkan.
bila nak keluar novel aku dan legenda buuku yg kedua ? x sbr nak membaca sambungannya :)
ReplyDeleteTerima kasih amy atas sokongan. Sekarang dalam proses merangka jalan cerita. Buku kedua akan menjawab beberapa persoalan dalam buku pertama dan juga pengukuhan setiap kerekter buku pertama dan memperkenalkan beberapa watak baru. Harap Amy berpuas hati dengan buku pertama. Nak tanya Amy dengan AzAnIaH AmY adakah orang yang sama? Kalau orang yang sama, bolehkah saya post komen anda di blog ini?
ReplyDeletecepat2 sikit smbung cerita alam lagenda..xsabar nk baca ni..
ReplyDeleteSalam Tuan firdhaus, terima kasih kerana sudi membacanya. saya akan usahakan seberapa segera yang mungkin
ReplyDeletenovel aku dan alam legenda keluar dah ke..??
ReplyDeletesaya masih belum medapat khabarnye lagi..
novel aku dan alam legenda keluar dah ke..??
ReplyDeletesaya masih belum medapat khabarnye lagi..
Hai saya mahu tanya buku novel aku dan alam legenda 2 sambungan dari buku pertama tu dah keluar tak? Saya mau beli dan baca sebab ceritanya memang bestlah sekali dan ingin tahu sambungan selanjutnya
ReplyDelete