Wednesday 1 April 2015

Alam Legenda: Legasi Legenda, Bab 6: P.E.P.K.A

Bandar Melaka. Sebuah bandar yang terkenal dengan sejarah. Suatu bandar yang megah dengan kemajuan perdagangan pada suatu masa dahulu. Orang-orang dari serata dunia datang kesini untuk berdagang dan berniaga kerana ia terletak ditengah-tengah laluan sutera. Disebabkan kekayaan yang terhasil dari kemajuan perdagangan, tanah sekakangkang kera ini menjadi rebutan oleh kuasa-kuasa besar dunia pada zaman dahulu. Peperangan, perebutan kuasa, helah, kekejaman dan tipu daya telah sebati didalam tanah ini. Sekarang dengan kemajuan zaman yang tinggal disini hanyalah sisa-sisa menjadi bukti kepada zaman kegemilangannya. Tetapi tiada siapa mengetahui dibawah tanah pusat bandar Melaka ini tersimpan sesuatu yang dirahsiakan dari mata umum sejak sekian lama. Rahsia yang tidak boleh diketahui akan kewujudannya demi keselamatan sejagat. Rahsia yang hanya boleh diketahui oleh sesetengah orang sahaja.
DIpinggir bandar Melaka terdapat satu kawasan yang dikawal rapi dengan peralatan-peralatan keselamatan canggih dan terkini. Panggar-panggar batu konkrit yang sangat tebal serta tinggi menghiasi bangunan kecil empat segi bewarna hitam yang terdapat ditengahnya. Menara-menara pemerhati lengkap dengan pegawai bersenjata diletakkan disetiap sudut bagi meninjau keadaan sekeliling. Kamera litar tertutup serta pengawal-pengawal ronda beranjing memenuhi setiap inci luaran bangunan. Walaupun tempat lain gelap gelita dan malap, hanya disini ia terang benderang dengan lampu. Adakah ia penjara? atau kilang membuat duit Negara? Bank Negara pun tidak dikawal seketat ini. Apakah yang sangat penting dikawal disini dengan begitu ketat sekali.
Di pagar pintu masuk hadir sebuah kenderaan bermotor dua roda berkuasa tinggi. Deruman enjin motor itu mendebarkan jantung sesiapa sahaja yang mendengarnya. Dengan berpakaian jaket kulit bewarna hitam dan berseluar jeans biru dengan mudah dia menolak tongkat untuk menstabilkan kenderaan. Dihadapannya tersegam pintu pagar besi yang sangat padu. Disebelah kanan terdapat skrin yang menyala secara automatik.
Seketika, tertera perkataan dan suara electronik wanita. “Sila sahkan identiti anda.”
Perlahan dia menoleh. Pemakaian cermin mata hitam pada waktu malam tidak sedikitpun menjejaskan penglihatannya. Seperti telah biasa akan pertanyaan itu lelaki dewasa berumur dalam lingkungan 30-an  dengan mudah mengangkat tangan dan diletakkan dihadapan skrin. Seraya itu terkeluar satu cahaya dari skrin untuk mengimbas cip keselatan elektronik yang tertanam didalam kulit tangan. Beberapa saat setelah diimbas terpapar diskrin itu kata alu aluan.
“Selamat datang Kapten Ejen T”  ujar suara elektronik itu dan terbukalah pintu pagar besi padu dihadapannya sebanyak tiga lapisan.
“Terima kasih Nova” garau suara lelaki itu membalas.
Tampa membuang masa lelaki itu memecut masuk. Laluan jalan yang dilalui lebar terus kehadapan membelah air kolam yang luas dan dalam. Dihadapannya tersegam bangunan empat segi bewarna hitam. Rupanya ia diperbuat daripada kaca hitam yang tidak memantulkan cahaya. Tampa memberhentikan kenderaan yang dinaikinya, dia terus meluru kearah bangunan itu. Segera jaluran-jaluran cahaya berwarna biru kelihatan lalu memecahkan kaca hitam itu dalam bentuk beberapa segi kecil kemudian ia membuka ruang seinci lagi sebelum tayar kenderaan itu mengenainya.
Setelah memberhentikan kenderaannya ditengah-tengah bangunan itu dia memerhatikan keadaan sekeliling. Seolah-olah mengimbas keadaan. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Hanya dinding-dinding kaca yang memenuhi ruang. Cahaya bulan dan bintang dilangit dapat dilihat terus jikalau mendongak keatas. Dibawah lelaki terdapat lambang berbentuk bulat dihiasi dengan lukisan penumbuk besar mengengam keris keluar dari permukaan tanah. Disekeliling lukisan itu pula terdapat tulisan yang berbunyi:
‘Jabatan Penguatkuasaan Entiti Paranormal Kebangsaan Dan Antarabangsa’
Dibawahnya pula tertulis singkatan P.E.P.K.A dengan slogan Cekap. Selamat. Misteri.  
Satu lambang yang cukup gah tetapi malangnya tidak ramai yang mengetahui akan kewujudannya. Seketika kemudian lambang besar itu mula bercahaya dan bergerak-gerak membentuk pelantar sphera. Bunyi mekanisma berkunci kedengaran memenuhi segenap ruang. Perlahan lambang besar itu mula turun kebawah tanah membawa sekali lelaki dewasa bersama motorsikal berkuasa tingginya. Semakin lama pergerakkan semakin laju. Hanya beberapa saat pelantar itu telah membawanya beberapa ratus kaki kebawah tanah. Dalam pada masa itu dia teringat akan perbualan dia dengan salah seorang daripada anak buahnya beberapa hari yang lalu.
Imbas Kembali
Dengungan bunyi menanti panggilan dijawab bergema ditelinganya.
“Helo… Assalammualaikum.”
“Mualaikumsaalam. Hello. Ya. Tuan.”
“Macam mana keadaan kamu disana.”
“Alhamdullilallh… semuanya baik sahaja disini Tuan.”
“Bagus. Harap penyamaran kamu berdua disana tidak dapat dikesan.”
“Harapnya begitu. Sudah bertahun lamanya kami menyamar disini dan kadang-kadang kami telah terbiasa sehingga terlupa siapa diri kami yang sebenarnya.”
“Begitulah hendaknya. Kamu berdua adalah antara ejen terbaik kami. Tugas sebegini sudah tentu tidak menjadi sebarang masalah kepada kamu. Jangan sesekali lupa akan tanggungjawab yang telah diamanahkan.”
“Tidak Tuan. Memang kami tidak akan lupa selagi ianya belum selesai.”
“Baiklah. Bercakap mengenai tanggungjawab, bagaimana keadaan subjek?”
“Semuanya mengikut perancangan Tuan. Dia sekarang berada di sekolah peralihan. Bila ada masa terluang kami sekeluarga akan pergi melawat. Sehingga kini keadaannya disana baik-baik sahaja Tuan. Cuma ibunya tidak senang duduk.”
“Siapa? Fatimah?”
“Ya Tuan.”
“Hm… itu memang sifat naluri seorang wanita dan saya pasti kamu sebagai ayah juga tidak kurang perasaannya. Kamu berdua jangan risau, mata-mata kami akan sentiasa mengawasi subjek. Tambahan pula salah seorang dari cerdik pandai berada disitu bersamanya. Atau lebih tepat lagi separuh cerdik pandai.”
“Baik Tuan. Cuma sebelum ini kejadian-kejadian diluar dugaan kerap berlaku sehingga menyebabkan subjek hampir-hampir terbunuh.”
“Ya betul tu. Tempoh matang subjek datang lebih awal dari jangkaan. Pihak musuh juga tidak menyangkakan yang ini akan berlaku. Perkara yang dianggap enteng telah membawa padah kepada semua rancangan pembunuhan subjek. Lebih lagi Panglima Hitam yang telah berpaling tadah telah memberi faedah yang amat bermakna kepada kami. Setiap kali ejen kami keluar dari persembunyian untuk mengambil tindakkan, Panglima Hitam terlebih dahulu akan bertindak. Memang hebat Panglima Hitam itu. Alangkah bagusnya jika dia dapat menjadi salah seorang dari ejen kami. Nasib baik memang menyebelahi kita pada waktu itu. Tetapi sekarang kita mungkin akan kehabisan tuah.”
“Apa maksud Tuan?”
“Susah saya hendak terangkan. Mengikut bacaan radar-radar pusat kawalan, aktiviti-aktiviti paranormal semakin menjadi-jadi di Negara ini. Lebih-lebih lagi di sekitar Pulau Langkawi. Pada firasat saya, ianya ada kaitan dengan kehadiran subjek disana dan tempoh matang subjek yang sepatutnya dalam pengiraan adalah apabila umurnya meningkat 18 tahun. Pihak musuh mengetahui bahawa jikalau subjek telah mencapai tahap matang, rancangan untuk membunuhnya menjadi semakin sukar dan kemungkinan akan gagal sama sekali. Sebab itu peningkatan aktiviti paranormal adalah petanda bahawa pihak musuh telah minngkatkan usaha untuk membunuh subjek.”
“Huh… Nampaknya betullah amaran yang telah diberikan oleh Nenek Kebayan Tuan.”
“Bil… Bila?”
“Beberapa hari yang lepas Nenek Kabayan telah datang kerumah kami memberi amaran akan bencana yang akan datang melanda. Dia menasihati kami supaya lebih berhati-hati.”
“Tetapi subjek bukan lagi berada dibawah jagaan kamu sepenuh masa. Apakah maksud Nenek Kebayan?”
“Nampaknya Nenek Kebayan mengetahui sesuatu yang kita tidak jangkakan. Saya sendiri tidak terfikir untuk bertanya lebih lanjut kerana kami berdua menyangkakan amaran tersebut disebabkan kami adalah penjags subjek.”
“Awal… ini sesuatu yang sangat sirius. Mohon hadirkan diri ke ibu pejabat esok. Bawa Fatimah sekali. Kita akan adakan mesyuarat tergempar akan perkara ini.”
“Ayah… Ayah…”
“Ya! Sekejap. Ayah tengah cakap telifon ni… Tuan. Maaf, anak saya…”
“Tak apa. Kita bincang lebih lanjut dalam mesyuarat nanti.”
“Baik Tuan.”
“Dan Awal… tolong berhati-hati.”
“Te… terimakasih Tuan.”
“Sama-sama.”
Bunyi talian telifon dimatikan bergema berulang kali di telinganya.
Pemandangan didalam terowong yang kusam tiba-tiba bertukar cerah. Dihadapannya kini terdampar satu ruang yang sangat luas berbentuk sphera. Ditengah-tengah pula merupakan satu kawasan yang lohong dimana bumbungnya memaparkan keadaan langit serta suasana diluar. Dikiri dan kanan dinding pula terdapat bertingkat-tingkat ruang pejabat. Jujuran-jujuran cahaya lampu menerangi setiap kawasan sehingga diufuk. Terdapat beberapa tiub kaca yang berhubung dari langit sphera sehingga kebawah dimerata-rata tempat. Rupanya terdapat banyak lagi pintu masuk ke dalam markas bawah tanah ini. Dimana-mana sahaja mata memandang pasti terdapat kelibat-kelibat manusia yang berpakaian kemas sibuk dengan tugasan masing-masing walaupun waktu-waktu lewat begini.
“Ting… Anda telah tiba di Pusat Kawalan.” Bunyi suara wanita elektronik yang sama bergema kembali.
Mendarat sahaja pelantar tersebut dia terus turun dari kenderaan yang diduduki lalu pintu besi dihadapannya terbuka secara automatik. Beberapa orang pegawai yang kelihatan segak sedang menanti kehadirannya dengan wajah cemas.
“Stat…” pinta Kaptain Ejen T tenang sambil berjalan ke pusat kawalan.
Pegawai-pegawai itu mengekorinya dan salah seorang dari mereka membentangkan laporan terkini seperti yang diminta dengan penuh semangat.
“Bacaan meter pemgimbas menunjukkan terdapat gangguan electromagnetik yang kuat dan peningkatan kadar radiasi tinggi dibeberapa kawasan Tuan terutama sekali di laluan lebuhraya utara selatan.”
“Tiada apa yang luar biasa. Sebab itu sahaja ke saya dipanggil tengah-tengah malam begini?”  dia menoleh kearah pegawai tersebut dengan wajah sedikit berang.
“Ma… maafkan saya Tuan. Tetapi bukan saya yang membuat panggilan itu.” Jelas pegawai itu terkasima.
“Habis tu siapa?”
Pegawai itu menunjukkan skrin empat segi kecil ditanggannya yang berkelip-kelip merah.
“Bacaan kali ini lebih teruk daripada apa yang kita pernah terima dahulu. Sehingga 200%. Kod merah. Dalam keadaan kritikal sebegini sistem akan secara automtik mengesan dan memanggil pegawai tertinggi untuk mengenal pasti, merancang dan mengambil tindakkan.”
“Baiklah. Tadi kamu berkata tentang lebuh raya utara selatan. Arah mana?” Tanya Kapten Ejen T seperti telah dapat mengagak akan sesuatu.
“Imbasan radar kali terakhir menunjukkan peningkatan aktiviti berlaku pada jalan menuju… arah utara.” Jawap pegawai itu sambil menekan-nekan beberapa butang diskrin mudah alih ditangganya.
“Ya tuhan!” terpacul perkataan itu dari mulut Kapten Ejen T dengan riak wajah terkejut bercampur kerisauan.

‘Pemburuan sudah pun bermula.’ Bisik hati kecilnya yang bergetar.
Tamat Bab 6

Alam Legenda: Legasi Legenda, Bab 5: Musibah Melanda

Kelajuan kereta yang dipandu Ayah semakin laju dan mencapai ke kemuncaknya. Bunyi deruan enjin amat memekakkan. Ayah sekali sekala memandang ke cermin belakang walaupun hanya tinggal sebelah mata. Ibu juga melihat ke cermin sisi. Ada sesuatu yang menarik minat mereka untuk melihat ke kedua cermin itu. Wajah kedua mereka tampak cemas. Penumpang belakang mengambil kesempatan itu untuk berpaling. Dengan pandangan yang lebih luas dia masih tidak dapat melihat dengan lebih jelas. Kegelapan malam dan rintisan-rintisan hujan tidak memabantu langsung. Dia tertanya-tanya apakah yang menakutkan kedua Ibu dan Ayahnya sehingga mereka berkelakuan begitu.
‘Zzz… Shh… Kiik… Klik. Klik.’ Pembesar suara radio  mengeluarkan bunyi secara tiba-tiba
Spontan kilat memancar dilangit. Dalam sekelip masa itu keadaan malam yang gelap gulita menjadi cerah dan pada waktu itulah penumpang belakang dapat melihat apakah sebenarnya yang mengejar mereka. Sesuatu yang dia sendiri tidak mengetahui apakah ia. Tetapi apa yang pasti ia bukanlah kenderaan bermotor buatan manusia. Ia adalah makhluk-makhluk hidup bewarna hitam dan bermata merah.
‘Klik. Klik. Shh. Zzz…’ Tiada yang memberi perhatian kepada bunyi radio itu.
Dia merasa sedikit gembira kerana sekarang telah terbukti mata-mata makhluk itulah yang dilihatnya sebentar tadi lalu berkata “Hahaha… ayah, ibu, lihat. Lihat dibelakang. Mata-mata itulah yang dilihat tadi. Hahaha… sekarang Ibu hendak percaya.”
Jeritan anak itu sudah cukup utnuk membuatkan kedua Ibu bapa keluar dari perasaan cemas. “Duduk diam-diam. Pakai tali pinggang keledar tu. Keadaan sekarang sangat bahaya.” Herdik Ibu dari depan.
‘Kiik… Klik. Klik. Shh. Zzz...’ Bunyi semakin stabil.
Tetapi budak lelaki itu tidak mengambil perhatian terhadap ibunya. Perhatian diberi fokus kepada makhluk-makhluk yang mengejar sehingga menyebabkan perasaan gembira yang datang bertukar cemas kerana makhluk yang datang mengejar itu kelihatan semakin membesar. Mereka sudah semakin dekat.
‘Tak… tak mungkin… ini tak mungkin.’ fikir benak hatinya.
Segera dia berpaling semula kehadapan. Keadaan didalam kereta sangat kucar kacir. Angin menderu-deru masuk dari tingkap yang pecah sehingga menyebabkan barang-barang ringan berterbangan didalamnya. Dia tidak tahu bagaimana ayah boleh memandu dalam keadan begitu. Dia gagahkan jua untuk melihat meter kelajuan walaupun angin cuba menutup kelopak matanya. Jarum kelajuan sudah sampai ke punghujung unit pengiraan. Sekarang ayah memandu lebih dari 180 kilometer sejam. Jarum penanda suhu pula semakin naik menandakan enjin semakin panas. Kalau diteruskan begini enjin pasti akan rosak dan berhenti. Bagaimana ayah hendak melarikan diri jikalau kereta tidak boleh bergerak lagi? Dia tidak tahu apakah sebenarnya yang ayah cuba lakukan selain dari melarikan diri dari makhluk-makhluk itu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
‘Zzz… Klik… Klik. Klik.’
Dalam pada masa yang sama dia sempat melihat kesekeliling. Jalan yang sepatutnya sibuk dengan kenderaan lalu lalang tak kira masa sedikit pun tidak kelihatan pada waktu itu. Walaupun jalan yang bertentangan. Kebijaksanaan yang dimiliki digunakan untuk mengulas kesimpulan dari apa yang berlaku sejak dari kejanggalan pertama. Dia dapat merasakan semua perkara seperti ini seperti telah dirancang. Satu rancangan konspirasi untuk membunuh mereka sekeluarga. Satu teori yang jauh melangkau kehidupan dunia seorang budak normal sepertinya dan ia tidak masuk akal.
‘Klik… Klik. Klik. Kiik… Klik… Klik.’
Dia spontan mengoyang-goyangkan kepala serta menarik-narik rambut seperti orang gila. Fikiran tiba-tiba kembali tenang dan mula berada didalam situasi genting itu. Kepastian kelajuan yang ditunjukkan oleh meter menambahkan banyak lagi soalan yang tidak boleh dijawab.
‘Tak mungkin makhluk-makhluk itu boleh berlari dengan kelajuan yang begitu tinggi. Tiada satu pun makhluk didunia ini mampu berlari selaju itu. Semua ini tidak benar.’
Dia kembali memandang kebelakang. Mata merah saga makhluk-makhluk itu sudah berada begitu hampir dengan kenderaan yang mereka naiki. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat dengan mata kepala sendiri betapa besarnya makhluk-makhluk itu. Seumur hidupnya ini adalah pertama kali. Saiznya sebesar lori kontena dan bentuknya juga adalah sesuatu yang aneh.
‘Klik… Klik. Klik. Kiik… Klik… Klik.’ Bunyi statik kedengaran semakin pantas dan kuat.
Apa yang pasti taring-taring tajam bewarna putih berkilau-kilauan mengikut rentak larian empunya badan. Jujuran-jujuran air liur merungai di taring-taring itu kelihatan seperti kelaparan yang amat sangat. Dua pasang mata merah saga merenung tajam menambahkan lagi kegerunan makhluk-makhluk yang mengejar mereka.
“Aa... aa... Ayah... apa tu… apa tu Ayah...” tanya budak itu terketar-ketar ketakutan.
‘Klik… Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik…’ bunyi statik terlalu pantas seperti berkedip.
Tiada jawapan balas diterima. Dia ketakutan. Tidak paham akan apa yang sedang berlaku dan akan berlaku. Sebelum kepala geliga itu sekali lagi mengulas situasi dan menyimpulkan jawapan salah satu dari makhuk hitam itu melompat tinggi lalu menyondol bahagaian belakang kenderaan. Kejadian itu membuatkan kerata ayah terumbang ambing sekaligus memaksa penumpang belakang terhumban kebelakang menghentam kerusi pemandu. Nasib baik kerusi pemandu menahan impaknya kalau tidak dia mungkin telah tercampak ke hadapan kereta yang tidak bercermin.
“Adoi… sakit badan aku. Jahanam binatang ni?” marah penumpang belakang yang sekarang berada tersungkur ditempat letak kaki.
‘Zzz… Shh… Kiik… Klik. Klik.’ Bunyi statik radio kembali tidak stabil.
Perlahan dia bangkit dan melihat ayah memusing-musing stereng kenderaan untuk memastikan ia berada pada laluannya. Ayah mengetahui bahawa tindakkan makhluk itu adalah satu amaran sebelum tindakkan susulan diambil. Kasihan kereta yang dinaiki mereka. Ia seolah-olah telah dijadikan mainan oleh dua ekor anak kucing yang sedang bermain dengan mangsanya. Tetapi ada baiknya. Sondolan itu tadi telah berjaya menolak kereta lebih laju kehadapan.
‘Klik… Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik…’ kembali berbunyi dengan sangat pantas.
Kedua makhluk hitam itu kembali mengejar semula. Pantas ayah menekan-nekan padel minyak sekuat hati namun kelajuan tidak banyak berubah. Hanya bunyi enjin yang menderum kuat. Bunyi deruman itu juga telah mengejutkan makhluk-makhluk yang mengejar sedikit sebanyak menjarakkan kedudukan antara mangsa dan pemangsa.
‘Zzz… Shh… Kiik… Klik. Klik.’ Bunyi statik radio kembali tidak stabil.
Tetapi keterperanjatan itu tidak memberi kesan yang panjang. Seketika sahaja makhluk-makhluk itu sudah kembali menghampiri.
‘Zzz… Klik… Klik. Klik.’
Ayah tidak mengulangi kembali perbuatannya kerana dia tahu helah yang sama pasti tidak akan mendatangkan kesan lagi. Dia hanya mengekalkan tekanan kearah pedel minyak. Seraya itu juga meter suhu enjin meningkat dengan cepat. Enjin semakin hampir hendak meletup. Inilah saat-saat yang ditunggu ayah.
Dalam masa sesaat yang tinggal dia menoleh kepada isterinya. “Mah… dah bersedia ke?”
“Ya… ya abang.” Jawap Ibu.
‘Klik… Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik…’
Salah seekor dari makhluk hitam itu telah berada disebelah ayah. Matanya merah menyala memandang tepat kepada si pemandu. Sebelum pemangsa itu mengambil tindakkan, ayah dengan pantas memutar stering kekanan.
‘Yargoummm!’ satu bunyi ngauman kuat kedengaran. 
Bagai nak pecah gegendang telinga kesemua penumpang dan pemandu didalam kenderaan itu. Tindakkan pantas ayah telah menyebabkan kepala makhluk hitam itu bersagat dengan pembahagi jalan yang diperbuat daripada konkrit dan besi. Dengan kelajuan sekarang, kenderaan kecil telah mampu untuk mencederakan sebahgaian kepala pemangsa yang besar itu. Darah-darah hitam tersembur di jalan dan masuk kedalam kenderaan mengenai ayah.
Tetapi semua itu datang dengan kos. Rontaan makhluk hitam itu setelah dilanggar telah menyebabkan gegelung spring kenderaan melompat-lompat dan haluan kereta meliang liut. Nasib baik tidak terbalik. Sekali lagi penumpang belakang terlambung-lambung sehingga ke bumbung kereta. Dia merasakan seoalah-olah seperti sebiji kacang didalam botol yang sedang bergolek menuruni bukit. Sakit dari hantukkan dan hentakkan pada masa itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Dia tidak mampu untuk berkata apa lagi selain menahan kesakitan sehinggalah beberapa ketika ayah berjaya menstabilkan kereta.
‘Klik… Klik. Klik. Kiik… Klik… Klik.’
Tetapi bagi makhluk-makhluk hitam, kecedaraan seperti itu umpama lumrah. Tidak sedikitpun mematahkan semangat pemangsa bahkan ia telah menaikkan semangat membunuh yang membuak-buak.
‘Warghaummm!’ satu bunyi ngauman yang kuat tiba-tiba bergema diseluruh banjaran.
“Marah ya? Hahaha…” ketawa ayah atas kejayaannya membangkitkan perasaan amarah makhluk-makhluk hitam itu.
Sekilas ayah memandang cermin belakang. Terpapar wajah-wajah bengis makhluk-makhluk hitam itu. Nampaknya meraka sudah berang kerana masih lagi tidak dapat membaham mangsa yang dikejar. Akibatnya, kelajuan makhluk-makhluk itu mengejar meningkat dengan mendadak.
“Ya. Ya… bagus… macam tulah. Mari. Mari. Sikit saja lagi. Sikit lagi…” bisik ayah dengan lirikkan senyuman.
‘Klik… Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik…’
Tiada lagi gurau dan mainan. Sekarang makhluk-makhluk itu sudah nekad. Inilah masanya. Ayah menoleh kearah isterinya. Senyuman bercampur kerisauan terpapar diwajahnya. Perlahan ayah menarik dan memegang erat tangan Ibu.
“Mah… Abang sayangkan Mah dan anak-anak kita. Halalkan makan minum abang selama ni. Maafkan dosa abang. Jaga anak kita baik-baik.”
“Ya… ya abang. Mah pun begitu. Halalkan makan minum Mah dan ampunkan dosa Mah dekat abang.”
Masing-masing memandang wajah sayu seraya berkata “Semoga kita bertemu kembali dialam selepas kematian.”
‘Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik.’ Kedua-dua makhluk itu melompat dengan mulut yang ternganga luas bersedia untuk membaham mangsa.
“Yearghhh!” jerit semangat juang ayah sekuat hati pantas memutar stereng kenderan kesebelah kiri.
Kereta meluru kearah penghadang jalan yang hanya dibuat daripada besi. Kelajuan kenderaan lebih daripada 200 kilometer sejam dengan mudah mematahkannya seperti ia hanya diperbuat daripada kayu. Bagai gambaran gerak perlahan, kereta ayah melayang diudara beberapa saat sebelum jatuh kedalam kegelapan dasar gaung yang sangat dalam dan curam. Salah seekor makhluk hitam buas yang mengejar berhenti dengan secara mengejut melihatkan gaung itu. Nasib baik ia sempat berhenti betul-betul di gigi tebing. Matanya yang merah menyala melihat seperhan batu dan kedua lampu berhenti kenderaan bewarna merah jatuh. Semakin lama-semakin hilang ditelan kegelapan. Begitu dalam. Mangsa yang dikejer sudah tentu mati didalam gaung sedalam itu.
‘Grrrr… Nghaaghaum…” satu bunyi ngauman kuat kedengaran beserta sambaran angin menyapa makhluk hitam itu.
Terpampang dihadapan mata teman seperjuangan yang dicederakan sebentar tadi telah melompat mengekori kereta yang dipandu ayah. Makhluk hitam itu tidak berpuashati melihatkan mangsa yang memalukannya terlepas begitu sahaja walaupun kemungkinan mereka bertiga itu mati didalam gaung itu tinggi dan berkemungkinan juga dia akan mati bersama mereka. Selagi gigi-gigi tajam itu tidak mengigit daging merah mangsanya selagi itu maruahnya tidak akan ditebus.
‘Klik… Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik…’
“Hahaha… Bagus!. Bagus! Memang aku telah agak kau tentu akan mengekori. Barulah setaraf dengan buah mulut orang akan kegilaan kamu makhluk dari lubuk setiap kegelapan. Hahaha…” gelak ayah seperti orang hilang akal setelah memerhati cermin belakang.
Jisim-jisim ringan mula terkeluar dari kenderaan yang ditarik graviti. Titisan-titisan darah seolah-olah terapung diudara lalu dilanggar oleh makhluk hitam yang mengekori dibelakang. Baun-bauan darah segar itu telah membangkitkan sifat pemburu seekor binatang pemangsa. Ia semakin ganas dan semakin cekap. Tubuhnya yang besar dan berat membuatkan pengekoran menigkut tarikan graviti itu menjadi lebih mudah berbanding mengejar mengikut laluan mendatar. Hidungnya telah berada dekat dengan bahagian belakang kenderaan yang kemik. Mulut dibuka luas. Bila-bila masa sahaja ia boleh membaham bahagian belakang kereta itu.
“Ya… macam itulah. Gigit, gigit, gigit…” gumam ayah.
Udara yang masuk kedalam kereta seperti puting beliung. Walaupun sukar, Ibu memandang wajah ayah dengan penuh perhatian seolah-olah seperti menanti isyarat. Dalam pada masa yang sama, penumpang belakang telah berjaya memulihkan keadaan diri. Dia cuba bangkit. Tepat pada masanya, gigi-gigi makhluk hitam itu telah berjaya menembusi bahagian belakang kereta. Begitu tajam taring-taringnya menusuk seolah-olah ianya diperbuat daripada kertas.
‘Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik.’
“Mah! Sekarang!” jerit ayah dengan lantang.
Ibu memandang wajah ayah yang berlumuran darah itu dengan penuh sayu lalu berkata “Ya abang. Mah… Mah teramat sayangkan abang. Se… semoga rancangan kita berjaya.”
“Mah! Tolong pergi… Cepat!” Herdik ayah dengan wajah cemas.
Air mata berjujuran mengalir kepipi gebu ibu. Segera wajahnya berpaling kebelakang. Inilah saat-saat terakhir dia bersama suaminya yang tercinta. Dia tidak mahu semangat juang suaminya luntur tatkala melihat tangisannya. Memang ibu tidak bersetuju akan rancangan ini sejak dari awal tetapi dia tidak ada pilihan demi keselamatan anak-anaknya. Segala kenangan manis dan pahit maung hidup bersama bermain diminda menambahkan lagi perasaan hibanya. Tidak mereka sangka segala-galanyanya akan bertemu pengkahirannya disini.
Dia tidak akan berlengah lagi.
“Selamat tinggal abang.”
Itulah ucapan terakhir daripada orang yang paling dia sayangi didengar ayah.

‘Selamat tinggal Mah…’ bisik hati kecil ayah.
Tamat Bab 5

Alam Legenda: Legasi Legenda, Bab 4: Berita Buruk

Gentar. Apa lagi yang boleh diucapkan oleh kedua pasanagan ini. Hanya dengan beberapa ungkapan dari mulut nenek tua itu sudah cukup membuatkan dunia menjadi gelap menelan segala harapan dan kegembiraan didalamnya. Tujuh makhluk dosa yang membunuh merupakan makhluk jahat dari lubuk setiap kejahatan. Satu nama yang begitu sinonim dengan malapetaka. Ia adalah antara kuasa gelap yang begitu hebat sehingga tiada siapa mampu untuk mengekangnya. Ia telah dikunci didalam bentuk cincin mutiara hitam dan disimpan sebagai perhiasan jari oleh penguncinya juga merupakan orang yang berhak memakai kuasanya. Dia adalah Agraham, Maharaja Alam Kegelapan.
“Sabar kamu berdua… Nenek belum habis berbicara lagi.” tenang Nenenk tua itu sambil menghirup kopi.
Aroma wangi kopi merebak keseluruh ruang tamu menjemput sesiapa sahaja untuk menikmatinya. Tetapi tidak kepada kedua pasangan ini. Mereka gelisah.
“A… apa yang terjadi Nek?” tanya ibu perlahan.
“Hm…” berat hembusan nafas nenek tua itu umpama beratnya isi didada. Perlahan dia meletakkan cawan kopi lalu menyambung percakapan. “Seperti yang telah Nenek jangkakan… Permaisuri kamu telah memiliki ketujuh-tujuh cincin mutiara hitam.”
“Apa?” Ayah bingkas bangun dengan mata yang terbeliak besar.
“Abang…” ibu menarik tangan suaminya spontan. Keras seperti batu. Tanda-tanda apabila suaminya mulai gusar. Ibu juga juga tidak tenteram menerima berita itu tetapi dia masih lagi boleh bertenang.
Nenek tua itu bersandar lalu merenung tajam kepada ayah. Dia tidak mampu lagi untuk menyeru mereka berdua supaya bersabar. Begitu hebat renungan itu sehingga ia dapat menenagkan perasaan ayah. Selepas menarik nafas panjang ayah kembali duduk mengikut daya tarikan tangan isterinya.
“Macam mana ini boleh berlaku Nek?” tanya ayah dengan wajah kerisauan.
“Permaisuri kamu bukan calang-calang orangnya. Dia mampu memperdaya sesiapa sahaja dengan menggunakan kata-kata. Itulah kelebihan yang dimilikinya. Dia bukan sahaja telah mempunyai kuasa itu malah telah juga berjaya menyeru sebahagaian dari tujuh mutiara itu.” Jelas nenek tua.
Semakin lama semakin berat berita yang disampaikan untuk diterima oleh kedua pasangan itu. Mereka tidak menyangka bahawa apa yang telah diramalkan oleh nenek tua itu selama ini menjadi kenyataan. Ayah dan ibu berdiam diri. Sabar menanti perkhabaran seterusnya.
“Kedua-dua ketua keturunan penjaga gugusan kepulauan telah meninggal dunia.” Sayu nenek tua itu mengutarakan perkhabaran itu. “Begitu juga dengan ayahanda meraka.”
‘Krak!’ tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu bunyi retakkan kayu.
Ibu dan nenek tua melihat ketangan ayah yang memegang erat tempat tangan kerusi yang didudukinya. Kayu keras itu sudah retak. Dada ayah kelihatan turun naik serta pernafasan tidak lagi keruan.
“Sabar Awal. Perkara ini memang telah dijangka sejak dari dulu lagi. Tetapi nenek tidak sangka bahawa ayahanda mereka juga akan hilang nyawanya dalam kejadian ini. Itulah kekurangan dari ramalan nenek. Kita ini hanya mampu merancang. Makhluk dari lubuk setiap kejahatan telah berjaya membangkitkan sifat amarah yang ada didalam diri kedua-dua ketua penjaga pulau itu. Ayahanda mereka berdua terpaksa keluar dari persembunyian dan masuk campur dalam perbalahan kerana pertembungan mereka berdua hampir-hampir melenyapkan kewujudan gugusan kepulauan.
“Saya tidak percaya. Masakan kedua keturunan penjaga gugusan kepulauan itu begitu hebat. Bagaimana mereka boleh mati begitu sahaja?” tegas ayah.
“Kamu masih ingat lagi akan Perjanjian Berdarah Antara Dua Keluarga?” tanya nenek tua itu.
“Saya masih ingat lagi Nek. Ia adalah satu perjanjian damai setelah peperangan berdarah antara kedua dua keturunan penjaga gugusan pulau berlaku pada waktu dahulu. Peperangan dahsyat yang hampir memusnahkan gugusan kepulaun sehingga menyebabkan beratus-ratus ribu penduduk mati. Juga dikenali dengan nama Peperangan Berdarah Dua Keturunan.” Jawap ayah dengan satu renungan jauh.
“Adakah kamu tahu bahawa peperangan itu berlaku lagi disebabkan perancangan Permaisuri dengan bantuan  kuasa mutiara hitam itu dan adakah kamu tahu bahwa perjanjian itu tidak sah?”
Ayah dan ibu memandang nenek tua itu dengan wajah penuh tanda tanya.
“Hm… begitu banyak yang telah berlaku sejak kamu berdua diutuskan kesini. Musibah demi musibah akan berlaku bila mana sahaja makhluk dari setiap lubuk kejahatan itu hadir. Kuasa yang ada sepatutnya digunakan untuk menjaga keamanan pulau telah bertukar menjadi ancaman.”
“Apa maksud Nenek mengatakan perjanjian itu tidak sah?” tanya ibu dengan perasaan penuh ingin tahu.
“Kerana ketiadaan saksi. Hukuman melanggari perjanjian itu dibuat sebegitu dahsyat supaya kedua-dua beradik itu gentar akannya. Ayahanda kedua keturunan penjaga pulau masih sayang akan mereka dan dia tahu bahawa pasti akan berlaku lagi pencabulan hak anatara mereka. Sebab itu dia sengaja merahsiakan keperluan saksi didalam perjanjian itu. Masakan mereka itu masih lagi boleh hidup sekian lama.”
“Jadi… demi menamatkan perbalahan itu, Ayahanda mereka telah memerterai perjanjian itu sebagai saksi?” ujar ayah dengan wajah penuh tanda tanya.
“Pada saat-saat akhir… dan hukuman dari perlanggaran perjanjian itulah yang membunuh kedua-dua keturunan penjaga itu serta ayahandanya dan bukan makhluk dari cincin mutira hitam.” Jelas nenek.
Kedua pasangan itu tekun mendengar perkhabaran nenek tua itu dan berbagai gambaran dahsyat bermain diminda masing-masing.
“Sudah tentu keadaan digugusan kepulauan menjadi sangat kucar kacir sekarang.” gumam ibu tunduk.
“Betul tu Mah. Kuku dan taring permaisuri sekarang semakin jelas. Saki baki keturunan penjaga pulau diburu dan dibunuh. Tiada satu pun yang akan dilepaskan mahupun kanak-kanak. Kuasa kejahatan semakin bermaharaja lela. Penduduk-penduduk biasa sudah tidak terjaga dan terkandas dalam keadaan huru hara. Nyawa sudah tidak bernilai lagi. Nenek begitu sedih dan simpati akan nasib yang menimpa mereka.” Sayu nenek tua itu berkata-kata.
“Apakah yang dapat kita pelajari dari peristiwa ini?” sambung nenek tua itu bertanya sambil menghirup kembali air kopi dihapannya.
Tergamam. Tidak disangka-sangkakan pertanyaan sebegitu akan keluar dari mulut nenek tua itu. Kedua pasangan mempelai itu melihat antara satu sama lain.
“Adakah kamu berdua dengar akan pertanyaan Nenek tadi?” masih lagi menghirup air kopi panas sedikit demi sedikit.
“Ya… ya Nek. Tetapi kami kurang jelas.” Ujar ibu tersipu malu.
“Hm… setiap kali begitulah jawapan kamu berdua.” Kedua biji mata nenek tua membuat separuh bulatan keatas. “Itulah kata orang dahulu mana tumpahnya kuah kalau bukan di periuk. Sama sahaja perangai kamu anak beranak. Pandai mengakal, pandai menjawab, pandai memutar belit… hai budak-budak muda zaman sekarang.”
“Maaf ya Nek. Memang tak salah gelaran orang terhadap Nenek.” Jelas ibu cuba menukar topik perbualan.
“Yerlah Mah. Jangan ingat Nenek tak tahu niat disebalik percakapan kamu. Dengar sini baik-baik, pengorbanan ketiga-tiga orang penting itu bukanlah tidak bermakna dan tiada satu pun pengorbanan itu tidak bermakna. Setiap satu yang terjadi itu banyak maknanya jikalau hati terbuka untuk menerima.” Nenek tua meletakkan cawan kopi yang hampir habis. Kelihatan serbuk-sebuk kopi hitam berenang-renang didalamnya.
Keadaan menjadi sunyi. Nenek tua itu tidak menyambung percakapan seperti yang disangkakan ioleh kedua pasangan. Tergantung.
“Jadi…” Ayah memohon sambungan penyampaian.
“Jadi?” Nenek tua kebingungan.
“Yerlah Nek. Apa pengajaran yang Nenek cuba sampaikan.” Ayah cuba membawa perbincangan kembali.
“Oh… maaf kan Nenek. Nenek terkedu sekajap. Biasanya bila berlaku perkara seperti ini pasti ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi nenek tidak pasti apakah ia.” Ujar nenek tua itu sambil matanya melihat kesekeliling.
Kedua pasangan mempelai itu itu juga melihat kesekitar ruang tamu. Tiada apa yang mengjangkalkan.
“Mungkin nenek telah minum banyak kopi hari ini.” Ujar Ibu.
“Hehe… mungkin juga.” Nenek tua tersimpul malu lalu menyambung semula perbicaraan. ”Begini, daripada kematian keturunan penjaga gugusan kepulauan didapati makhluk dari setiap lubuk kejahatan itu boleh dibunuh. Mengikut berita yang diterima, makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa yang amat dahsyat. Alam kegelapan hampir dimusnahkan oleh makhluk-makhluk ini. Mungkin kerana pada waktu itu ketujuh-tujuh makhluk itu diturunkan serentak dan pergorbanan nyawa dilakukan sebelum seruan dibuat. Lebih-lebih lagi nyawa yang dipersembahkan itu adalah dari keturunan maharaja. Pada firasat nenek makhluk-makhluk ini sama sifatnya dengan makhluk ajaib yang terdapat didalam alam legenda.”
“Maksud Nenek makhluk-makhluk ini sama dengan Naga Keramat, Gagagk Getir dan lain-lain?” ayah mencelah.
“Begitulah nampaknya. Bermakna, lebih kuat pengorbanan yang dipersembahkan lebih kuatlah makhluk-makhluk ini. Kuat disini bukan sahaja dari segi tenaga tetapi juga dari segi pemikiran. Berkemungkinan besar permaisuri kamu hanya memberikan sedikit pengorbanan untuk menyeru makhluk-makhluk ini dan dia juga telah mengetahui bagaimana untuk memberikan korban selepas seruan dibuat. Sebab itu mereka tidak berada dalam keadaan berkeupayaan penuh dan mampu dibunuh dengan mudah.”
“Nanti… nanti dulu. Maksud nenek dengan ayat makhluk-makhluk bermakna bukan satu sahaja yang berjaya diseru?” tanya ayah inginkan kepastian.
“Benar. Permaisuri hanya menggunakan satu sahaja cincin mutiara hitam untuk membangkitkan amarah kedua keturuanan penjaga. Itu sudah cukup untuk memporak perandakan kedua-dua mereka. Dua lagi diseru dan dihantar untuk membunuh sesorang di alam nyata.”
“Abang…” Ibu risau akan penjelasan nenek tua itu.
“Maksud Nenek I…I… Ijam ke?” terketar-ketar Ayah menyebut nama anak sulungnya.
Nenek tua itu tunduk diam seribu bahasa membuatkan Ibu merasa sangat risau.
“Abang… anak kita bang…” Ibu mengoyang-goyang tangan ayah yang sedang menanti jawapan nenek tua.
“Ya.” Jawap nenek tua itu lemah.
“Ya tuhan!” Ayah melaung dan terduduk sementara ibu pula menangis teresak-esak mengenangkan nasib yang menimpa anak mereka.
“Hai… kenapa dengan kamu berdua? Cuba bawak bertenang. Nenek masih belum habis berbicara.”
Kedua pasangan itu tergamam kembali. Dalam masa beberapa minit ini sudah beberapa kali mereka dimalukan oleh nenek tua itu.
“Pening kepala Nenek dengan perangai kamu berdua. Memang benar dua makhluk itu diutuskan untuk membunuh anak sulung kamu tetapi ada sesuatu yang berlaku dipertengahan jalan sehingga kedua-dua makhluk itu terbunuh serta mengagalkan rancangan Permaisuri. Itulah Nenek katakan tadi kita hanya merancang.”
“Apa.. apa yang berlaku Nek?” tanya ibu sambil mengesat air mata menggunakan lengan baju.
“Panjang ceritanya dan itu semua tidak penting buat masa ini. Apa yang penting sekarang adalah anak sulung kamu itu masih hidup dan dia tidak keseorangan disana. Ada yang menjaganya. Ingat masih banyak lagi kebaikkan didunia ini yang dapat menentang kejahatan.”
Keadaan menjadi tenang semula. Bunyi Ibu menyedut hingus memenuhi suasana.
“Tambah kopi lagi Nek? Makanlah butter kek tu Nek.” Pelawa Ibu melihat makanan yang disediakan tak terluak.
“Kek? Apa buta kek tu Mah?” nenek tua itu kebingungan.
“Maaf Nek. Mah lupa Nenek tak biasa dengan dunia ni lagi. Bukanj buta kek Nek. Butter kek. Butter kek tu sejenis manisan. Makanan kegemaran orang-orang disini.” Jawab Ibu sambil menuang kopi yang sudah agak suam.
“Oh… baiklah. Nenek ingat mata orang buta. Pelik pula nenek sejak bila pulak kamu jadi hantu makan mata orang. Kamu ke yang masak ni Mah?” seloroh nenek tua itu sambil mencubit sedikit makanan dan memasukkan kedalam mulutnya.
Ibu tersenyum simpul lalu berkata. “Ish Nenek ni. Kesitu pulak. Yer Nek. Mah masak bila ada masa terluang. Itu sahaja yang kami ada petang-petang ni Nek. Kejap lagi baru nak masak makan malam.”
“Em… sedap buta kek ni. Boleh Nenek bawak balik sikit?” mulut nenek tua itu kelihatan penuh mengunyah. 
“Butter Kek. Boleh… ambillah banyak-banyak Nek. Kejap Mah ambil beg plastik.” Segara ibu bangkit dari duduk.
“Terima kasih Mah” Dengan pantas nenek tua itu mengambil beberapa potong kek lalu dibungkus dengan beberapa helai daun pokok ketapang yang telah dicuci. Kemudian ia diikat dengan beberapa helai tali halus yang dibuat dari urat-urat akar pokok.
“Oh… sudah lama kami tidak nampak sesuatu dibungkus begitu kan Mah.” Ayah nampak sedikit terkejut dengan tingkah laku nenek itu.
“Ya lah abang… sudah lama Mah tak buat macam tu. Dekat sini pakai beg plastik je Nek.”
“Beg plastik tu apa Mah?” tanggannya sibuk melilit bungkusan.
“Beg plastik tu lebih kurang macam daun yang nenek pakai cuma tahan lama dan boleh nampak isi didalamnya.” Jelas Ibu
“Begitu… tidak mengapa Mah. Nenek lebih biasa menggunakan daun. Dekat sini banyak pokoknya dan lebat-lebat daunnya. Dari itu Nenenk sudah tahu tentu orang-orang disini tidak biasa memakainya. Kalau di tempat Nenek pantang sahaja daunnya sebelum menjadi tua sudah dipetik orang.” Tersenyum terukir diwajah nenek tua itu.
“Hahaha… betul tu Nek. Nenek singgah tidur disini dulu ya. Makan malam bersama kami. Nenek nampak penat tu.” Jemput Ayah.
Nenek bingkas bangun setalah menghabiskan kopi yang dituang semula. “Nenek terpaksa tolak perlawaan kamu Awal. Nenek minta maaf. Ada hal lain yang Nenek perlu uruskan.”
“Alah selalu sahaja macam itu. Sekali-sekala Nenek datang singgah lah tidur disini dahulu.” Gesa Ayah yang mengekori nenek tua itu menuju kepintu keluar diekori ibu.
Dipintu keluar nenek tua itu berpaling dengan wajah sayu lalu menghulurkan tangan. Ayah menyambut tangan berusia itu dengan salaman bercium. Tanda hormat kepada seseorang yang lebih tua dari mereka. Perlahan nenek tua itu mengusap rambut Ayah lalu berkata “Awal… jaga diri dan keluarga kamu baik-baik.”
Ibu juga melakukan perkara yang sama. Tidak teragak-agak nenek tua itu membelai rambut ibu seraya berkata “Kamu pun begitu juga Mah. Jaga diri dan keluarga kamu baik-baik.”
Perasaan hiba kembali melanda diri Ibu. Walaupun Ibu sentiasa merasa sedih akan pemergian dalam pertemuan, kali ini dia tidak dapat menahan perasaan sebak sehingga mengalirkan air mata setelah berpelukkan dan bercium pipi dengan nenek tua itu. Dia dapat meraskan ini mungkin kali terkahir mereka bertemu.
“Jangan bersedih Mah… apa pun yang berlaku jodoh pertemuan itu ditangan tuhan. Ingat pesan Nenek kita hanya merancang. Berwaspada selalu dan lakukan yang terbaik. Permaisuri kamu tidak akan berhenti disitu walaupun dia sekarang berada didalam keadaan yang sangat gering. Dia pasti akan kembali dengan rancangan-rancangan gelap selagi cita-citanya tidak tercapai. Ingat Awal… yang akan datang pada kamu berkemungkinan besar adalah lima yang terakhir. Mereka lebih kuat dan menakutkan dari tiga yang pernah diseru dahulu.”
“Jadi Nek… apa yang perlu kita buat sekarang?” tanya ayah.
“Jalankan tanggungjawab seperti yang telah diamanahkan kapada kamu sebaik mungkin dan bersiap siagalah selalu.” Kata nenek tua itu dengan penuh semangat.
Kedua pasangan mempelai itu menganguk tanda setuju. Setelah berpaling dan bersedia untuk melangkah pergi Ibu sempat membalas pesan.”Terima kasih Nek. Nenek pun hati-hati ya…”
“Terimkasih Mah. Jangan dikhuatiri akan keadaan Nenek. Jikalau tidak sia-sia sahaja orang mengelar Nenek salah seorang dari tiga orang cerdik pandai di alam kita.” Nenek tua itu berpaling muka dan melontarkan senyuman lalu melambai tangan selamat tinggal dan berkata sebelum menghilangkan diri.

“Ataupun Nenek Kebayan.”
Tamat Bab 4