Kelajuan kereta yang dipandu Ayah
semakin laju dan mencapai ke kemuncaknya. Bunyi deruan enjin amat memekakkan.
Ayah sekali sekala memandang ke cermin belakang walaupun hanya tinggal sebelah
mata. Ibu juga melihat ke cermin sisi. Ada sesuatu yang menarik minat mereka
untuk melihat ke kedua cermin itu. Wajah kedua mereka tampak cemas. Penumpang
belakang mengambil kesempatan itu untuk berpaling. Dengan pandangan yang lebih
luas dia masih tidak dapat melihat dengan lebih jelas. Kegelapan malam dan
rintisan-rintisan hujan tidak memabantu langsung. Dia tertanya-tanya apakah
yang menakutkan kedua Ibu dan Ayahnya sehingga mereka berkelakuan begitu.
‘Zzz… Shh… Kiik… Klik. Klik.’
Pembesar suara radio mengeluarkan bunyi
secara tiba-tiba
Spontan kilat memancar dilangit.
Dalam sekelip masa itu keadaan malam yang gelap gulita menjadi cerah dan pada
waktu itulah penumpang belakang dapat melihat apakah sebenarnya yang mengejar
mereka. Sesuatu yang dia sendiri tidak mengetahui apakah ia. Tetapi apa yang
pasti ia bukanlah kenderaan bermotor buatan manusia. Ia adalah makhluk-makhluk
hidup bewarna hitam dan bermata merah.
‘Klik. Klik. Shh. Zzz…’ Tiada yang
memberi perhatian kepada bunyi radio itu.
Dia merasa sedikit gembira kerana
sekarang telah terbukti mata-mata makhluk itulah yang dilihatnya sebentar tadi
lalu berkata “Hahaha… ayah, ibu, lihat. Lihat dibelakang. Mata-mata itulah yang
dilihat tadi. Hahaha… sekarang Ibu hendak percaya.”
Jeritan anak itu sudah cukup utnuk
membuatkan kedua Ibu bapa keluar dari perasaan cemas. “Duduk diam-diam. Pakai
tali pinggang keledar tu. Keadaan sekarang sangat bahaya.” Herdik Ibu dari
depan.
‘Kiik… Klik. Klik. Shh. Zzz...’ Bunyi
semakin stabil.
Tetapi budak lelaki itu tidak
mengambil perhatian terhadap ibunya. Perhatian diberi fokus kepada makhluk-makhluk
yang mengejar sehingga menyebabkan perasaan gembira yang datang bertukar cemas
kerana makhluk yang datang mengejar itu kelihatan semakin membesar. Mereka
sudah semakin dekat.
‘Tak… tak mungkin… ini tak mungkin.’
fikir benak hatinya.
Segera dia berpaling semula
kehadapan. Keadaan didalam kereta sangat kucar kacir. Angin menderu-deru masuk
dari tingkap yang pecah sehingga menyebabkan barang-barang ringan berterbangan
didalamnya. Dia tidak tahu bagaimana ayah boleh memandu dalam keadan begitu.
Dia gagahkan jua untuk melihat meter kelajuan walaupun angin cuba menutup
kelopak matanya. Jarum kelajuan sudah sampai ke punghujung unit pengiraan. Sekarang
ayah memandu lebih dari 180 kilometer sejam. Jarum penanda suhu pula semakin
naik menandakan enjin semakin panas. Kalau diteruskan begini enjin pasti akan
rosak dan berhenti. Bagaimana ayah hendak melarikan diri jikalau kereta tidak
boleh bergerak lagi? Dia tidak tahu apakah sebenarnya yang ayah cuba lakukan
selain dari melarikan diri dari makhluk-makhluk itu. Dia dapat merasakan ada
sesuatu yang tidak kena.
‘Zzz… Klik… Klik. Klik.’
Dalam pada masa yang sama dia sempat
melihat kesekeliling. Jalan yang sepatutnya sibuk dengan kenderaan lalu lalang tak
kira masa sedikit pun tidak kelihatan pada waktu itu. Walaupun jalan yang
bertentangan. Kebijaksanaan yang dimiliki digunakan untuk mengulas kesimpulan
dari apa yang berlaku sejak dari kejanggalan pertama. Dia dapat merasakan semua
perkara seperti ini seperti telah dirancang. Satu rancangan konspirasi untuk
membunuh mereka sekeluarga. Satu teori yang jauh melangkau kehidupan dunia
seorang budak normal sepertinya dan ia tidak masuk akal.
‘Klik… Klik. Klik. Kiik… Klik… Klik.’
Dia spontan mengoyang-goyangkan
kepala serta menarik-narik rambut seperti orang gila. Fikiran tiba-tiba kembali
tenang dan mula berada didalam situasi genting itu. Kepastian kelajuan yang
ditunjukkan oleh meter menambahkan banyak lagi soalan yang tidak boleh dijawab.
‘Tak mungkin makhluk-makhluk itu
boleh berlari dengan kelajuan yang begitu tinggi. Tiada satu pun makhluk
didunia ini mampu berlari selaju itu. Semua ini tidak benar.’
Dia kembali memandang kebelakang.
Mata merah saga makhluk-makhluk itu sudah berada begitu hampir dengan kenderaan
yang mereka naiki. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat dengan mata kepala
sendiri betapa besarnya makhluk-makhluk itu. Seumur hidupnya ini adalah pertama
kali. Saiznya sebesar lori kontena dan bentuknya juga adalah sesuatu yang aneh.
‘Klik… Klik. Klik. Kiik… Klik… Klik.’
Bunyi statik kedengaran semakin pantas dan kuat.
Apa yang pasti taring-taring tajam
bewarna putih berkilau-kilauan mengikut rentak larian empunya badan.
Jujuran-jujuran air liur merungai di taring-taring itu kelihatan seperti
kelaparan yang amat sangat. Dua pasang mata merah saga merenung tajam
menambahkan lagi kegerunan makhluk-makhluk yang mengejar mereka.
“Aa... aa... Ayah... apa tu… apa tu
Ayah...” tanya budak itu terketar-ketar ketakutan.
‘Klik… Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik.
Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik…’ bunyi statik terlalu pantas seperti
berkedip.
Tiada jawapan balas diterima. Dia
ketakutan. Tidak paham akan apa yang sedang berlaku dan akan berlaku. Sebelum
kepala geliga itu sekali lagi mengulas situasi dan menyimpulkan jawapan salah
satu dari makhuk hitam itu melompat tinggi lalu menyondol bahagaian belakang
kenderaan. Kejadian itu membuatkan kerata ayah terumbang ambing sekaligus
memaksa penumpang belakang terhumban kebelakang menghentam kerusi pemandu.
Nasib baik kerusi pemandu menahan impaknya kalau tidak dia mungkin telah tercampak
ke hadapan kereta yang tidak bercermin.
“Adoi… sakit badan aku. Jahanam
binatang ni?” marah penumpang belakang yang sekarang berada tersungkur ditempat
letak kaki.
‘Zzz… Shh… Kiik… Klik. Klik.’ Bunyi
statik radio kembali tidak stabil.
Perlahan dia bangkit dan melihat ayah
memusing-musing stereng kenderaan untuk memastikan ia berada pada laluannya.
Ayah mengetahui bahawa tindakkan makhluk itu adalah satu amaran sebelum
tindakkan susulan diambil. Kasihan kereta yang dinaiki mereka. Ia seolah-olah
telah dijadikan mainan oleh dua ekor anak kucing yang sedang bermain dengan
mangsanya. Tetapi ada baiknya. Sondolan itu tadi telah berjaya menolak kereta
lebih laju kehadapan.
‘Klik… Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik.
Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik…’ kembali berbunyi dengan sangat
pantas.
Kedua makhluk hitam itu kembali
mengejar semula. Pantas ayah menekan-nekan padel minyak sekuat hati namun
kelajuan tidak banyak berubah. Hanya bunyi enjin yang menderum kuat. Bunyi
deruman itu juga telah mengejutkan makhluk-makhluk yang mengejar sedikit sebanyak
menjarakkan kedudukan antara mangsa dan pemangsa.
‘Zzz… Shh… Kiik… Klik. Klik.’ Bunyi
statik radio kembali tidak stabil.
Tetapi keterperanjatan itu tidak
memberi kesan yang panjang. Seketika sahaja makhluk-makhluk itu sudah kembali
menghampiri.
‘Zzz… Klik… Klik. Klik.’
Ayah tidak mengulangi kembali
perbuatannya kerana dia tahu helah yang sama pasti tidak akan mendatangkan
kesan lagi. Dia hanya mengekalkan tekanan kearah pedel minyak. Seraya itu juga
meter suhu enjin meningkat dengan cepat. Enjin semakin hampir hendak meletup.
Inilah saat-saat yang ditunggu ayah.
Dalam masa sesaat yang tinggal dia
menoleh kepada isterinya. “Mah… dah bersedia ke?”
“Ya… ya abang.” Jawap Ibu.
‘Klik… Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik.
Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik…’
Salah seekor dari makhluk hitam itu
telah berada disebelah ayah. Matanya merah menyala memandang tepat kepada si pemandu.
Sebelum pemangsa itu mengambil tindakkan, ayah dengan pantas memutar stering
kekanan.
‘Yargoummm!’ satu bunyi ngauman kuat
kedengaran.
Bagai nak pecah gegendang telinga
kesemua penumpang dan pemandu didalam kenderaan itu. Tindakkan pantas ayah
telah menyebabkan kepala makhluk hitam itu bersagat dengan pembahagi jalan yang
diperbuat daripada konkrit dan besi. Dengan kelajuan sekarang, kenderaan kecil
telah mampu untuk mencederakan sebahgaian kepala pemangsa yang besar itu.
Darah-darah hitam tersembur di jalan dan masuk kedalam kenderaan mengenai ayah.
Tetapi semua itu datang dengan kos.
Rontaan makhluk hitam itu setelah dilanggar telah menyebabkan gegelung spring
kenderaan melompat-lompat dan haluan kereta meliang liut. Nasib baik tidak
terbalik. Sekali lagi penumpang belakang terlambung-lambung sehingga ke bumbung
kereta. Dia merasakan seoalah-olah seperti sebiji kacang didalam botol yang
sedang bergolek menuruni bukit. Sakit dari hantukkan dan hentakkan pada masa
itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Dia tidak mampu untuk berkata apa lagi selain
menahan kesakitan sehinggalah beberapa ketika ayah berjaya menstabilkan kereta.
‘Klik… Klik. Klik. Kiik… Klik… Klik.’
Tetapi bagi makhluk-makhluk hitam,
kecedaraan seperti itu umpama lumrah. Tidak sedikitpun mematahkan semangat
pemangsa bahkan ia telah menaikkan semangat membunuh yang membuak-buak.
‘Warghaummm!’ satu bunyi ngauman yang
kuat tiba-tiba bergema diseluruh banjaran.
“Marah ya? Hahaha…” ketawa ayah atas
kejayaannya membangkitkan perasaan amarah makhluk-makhluk hitam itu.
Sekilas ayah memandang cermin
belakang. Terpapar wajah-wajah bengis makhluk-makhluk hitam itu. Nampaknya
meraka sudah berang kerana masih lagi tidak dapat membaham mangsa yang dikejar.
Akibatnya, kelajuan makhluk-makhluk itu mengejar meningkat dengan mendadak.
“Ya. Ya… bagus… macam tulah. Mari.
Mari. Sikit saja lagi. Sikit lagi…” bisik ayah dengan lirikkan senyuman.
‘Klik… Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik.
Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik…’
Tiada lagi gurau dan mainan. Sekarang
makhluk-makhluk itu sudah nekad. Inilah masanya. Ayah menoleh kearah isterinya.
Senyuman bercampur kerisauan terpapar diwajahnya. Perlahan ayah menarik dan memegang
erat tangan Ibu.
“Mah… Abang sayangkan Mah dan
anak-anak kita. Halalkan makan minum abang selama ni. Maafkan dosa abang. Jaga
anak kita baik-baik.”
“Ya… ya abang. Mah pun begitu.
Halalkan makan minum Mah dan ampunkan dosa Mah dekat abang.”
Masing-masing memandang wajah sayu
seraya berkata “Semoga kita bertemu kembali dialam selepas kematian.”
‘Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik.
Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik.’ Kedua-dua makhluk itu melompat
dengan mulut yang ternganga luas bersedia untuk membaham mangsa.
“Yearghhh!” jerit semangat juang ayah
sekuat hati pantas memutar stereng kenderan kesebelah kiri.
Kereta meluru kearah penghadang jalan
yang hanya dibuat daripada besi. Kelajuan kenderaan lebih daripada 200
kilometer sejam dengan mudah mematahkannya seperti ia hanya diperbuat daripada
kayu. Bagai gambaran gerak perlahan, kereta ayah melayang diudara beberapa saat
sebelum jatuh kedalam kegelapan dasar gaung yang sangat dalam dan curam. Salah
seekor makhluk hitam buas yang mengejar berhenti dengan secara mengejut
melihatkan gaung itu. Nasib baik ia sempat berhenti betul-betul di gigi tebing.
Matanya yang merah menyala melihat seperhan batu dan kedua lampu berhenti
kenderaan bewarna merah jatuh. Semakin lama-semakin hilang ditelan kegelapan.
Begitu dalam. Mangsa yang dikejer sudah tentu mati didalam gaung sedalam itu.
‘Grrrr… Nghaaghaum…” satu bunyi
ngauman kuat kedengaran beserta sambaran angin menyapa makhluk hitam itu.
Terpampang dihadapan mata teman
seperjuangan yang dicederakan sebentar tadi telah melompat mengekori kereta
yang dipandu ayah. Makhluk hitam itu tidak berpuashati melihatkan mangsa yang
memalukannya terlepas begitu sahaja walaupun kemungkinan mereka bertiga itu
mati didalam gaung itu tinggi dan berkemungkinan juga dia akan mati bersama
mereka. Selagi gigi-gigi tajam itu tidak mengigit daging merah mangsanya selagi
itu maruahnya tidak akan ditebus.
‘Klik… Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik.
Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik…’
“Hahaha… Bagus!. Bagus! Memang aku
telah agak kau tentu akan mengekori. Barulah setaraf dengan buah mulut orang
akan kegilaan kamu makhluk dari lubuk setiap kegelapan. Hahaha…” gelak ayah
seperti orang hilang akal setelah memerhati cermin belakang.
Jisim-jisim ringan mula terkeluar
dari kenderaan yang ditarik graviti. Titisan-titisan darah seolah-olah terapung
diudara lalu dilanggar oleh makhluk hitam yang mengekori dibelakang. Baun-bauan
darah segar itu telah membangkitkan sifat pemburu seekor binatang pemangsa. Ia
semakin ganas dan semakin cekap. Tubuhnya yang besar dan berat membuatkan
pengekoran menigkut tarikan graviti itu menjadi lebih mudah berbanding mengejar
mengikut laluan mendatar. Hidungnya telah berada dekat dengan bahagian belakang
kenderaan yang kemik. Mulut dibuka luas. Bila-bila masa sahaja ia boleh
membaham bahagian belakang kereta itu.
“Ya… macam itulah. Gigit, gigit,
gigit…” gumam ayah.
Udara yang masuk kedalam kereta
seperti puting beliung. Walaupun sukar, Ibu memandang wajah ayah dengan penuh
perhatian seolah-olah seperti menanti isyarat. Dalam pada masa yang sama,
penumpang belakang telah berjaya memulihkan keadaan diri. Dia cuba bangkit.
Tepat pada masanya, gigi-gigi makhluk hitam itu telah berjaya menembusi
bahagian belakang kereta. Begitu tajam taring-taringnya menusuk seolah-olah
ianya diperbuat daripada kertas.
‘Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik.
Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik.’
“Mah! Sekarang!” jerit ayah dengan
lantang.
Ibu memandang wajah ayah yang
berlumuran darah itu dengan penuh sayu lalu berkata “Ya abang. Mah… Mah teramat
sayangkan abang. Se… semoga rancangan kita berjaya.”
“Mah! Tolong pergi… Cepat!” Herdik
ayah dengan wajah cemas.
Air mata berjujuran mengalir kepipi
gebu ibu. Segera wajahnya berpaling kebelakang. Inilah saat-saat terakhir dia
bersama suaminya yang tercinta. Dia tidak mahu semangat juang suaminya luntur
tatkala melihat tangisannya. Memang ibu tidak bersetuju akan rancangan ini
sejak dari awal tetapi dia tidak ada pilihan demi keselamatan anak-anaknya.
Segala kenangan manis dan pahit maung hidup bersama bermain diminda menambahkan
lagi perasaan hibanya. Tidak mereka sangka segala-galanyanya akan bertemu
pengkahirannya disini.
Dia tidak akan berlengah lagi.
“Selamat tinggal abang.”
Itulah ucapan terakhir daripada orang
yang paling dia sayangi didengar ayah.
‘Selamat tinggal Mah…’ bisik hati
kecil ayah.
Tamat Bab 5
No comments:
Post a Comment