Wednesday, 1 April 2015

Alam Legenda: Legasi Legenda, Bab 6: P.E.P.K.A

Bandar Melaka. Sebuah bandar yang terkenal dengan sejarah. Suatu bandar yang megah dengan kemajuan perdagangan pada suatu masa dahulu. Orang-orang dari serata dunia datang kesini untuk berdagang dan berniaga kerana ia terletak ditengah-tengah laluan sutera. Disebabkan kekayaan yang terhasil dari kemajuan perdagangan, tanah sekakangkang kera ini menjadi rebutan oleh kuasa-kuasa besar dunia pada zaman dahulu. Peperangan, perebutan kuasa, helah, kekejaman dan tipu daya telah sebati didalam tanah ini. Sekarang dengan kemajuan zaman yang tinggal disini hanyalah sisa-sisa menjadi bukti kepada zaman kegemilangannya. Tetapi tiada siapa mengetahui dibawah tanah pusat bandar Melaka ini tersimpan sesuatu yang dirahsiakan dari mata umum sejak sekian lama. Rahsia yang tidak boleh diketahui akan kewujudannya demi keselamatan sejagat. Rahsia yang hanya boleh diketahui oleh sesetengah orang sahaja.
DIpinggir bandar Melaka terdapat satu kawasan yang dikawal rapi dengan peralatan-peralatan keselamatan canggih dan terkini. Panggar-panggar batu konkrit yang sangat tebal serta tinggi menghiasi bangunan kecil empat segi bewarna hitam yang terdapat ditengahnya. Menara-menara pemerhati lengkap dengan pegawai bersenjata diletakkan disetiap sudut bagi meninjau keadaan sekeliling. Kamera litar tertutup serta pengawal-pengawal ronda beranjing memenuhi setiap inci luaran bangunan. Walaupun tempat lain gelap gelita dan malap, hanya disini ia terang benderang dengan lampu. Adakah ia penjara? atau kilang membuat duit Negara? Bank Negara pun tidak dikawal seketat ini. Apakah yang sangat penting dikawal disini dengan begitu ketat sekali.
Di pagar pintu masuk hadir sebuah kenderaan bermotor dua roda berkuasa tinggi. Deruman enjin motor itu mendebarkan jantung sesiapa sahaja yang mendengarnya. Dengan berpakaian jaket kulit bewarna hitam dan berseluar jeans biru dengan mudah dia menolak tongkat untuk menstabilkan kenderaan. Dihadapannya tersegam pintu pagar besi yang sangat padu. Disebelah kanan terdapat skrin yang menyala secara automatik.
Seketika, tertera perkataan dan suara electronik wanita. “Sila sahkan identiti anda.”
Perlahan dia menoleh. Pemakaian cermin mata hitam pada waktu malam tidak sedikitpun menjejaskan penglihatannya. Seperti telah biasa akan pertanyaan itu lelaki dewasa berumur dalam lingkungan 30-an  dengan mudah mengangkat tangan dan diletakkan dihadapan skrin. Seraya itu terkeluar satu cahaya dari skrin untuk mengimbas cip keselatan elektronik yang tertanam didalam kulit tangan. Beberapa saat setelah diimbas terpapar diskrin itu kata alu aluan.
“Selamat datang Kapten Ejen T”  ujar suara elektronik itu dan terbukalah pintu pagar besi padu dihadapannya sebanyak tiga lapisan.
“Terima kasih Nova” garau suara lelaki itu membalas.
Tampa membuang masa lelaki itu memecut masuk. Laluan jalan yang dilalui lebar terus kehadapan membelah air kolam yang luas dan dalam. Dihadapannya tersegam bangunan empat segi bewarna hitam. Rupanya ia diperbuat daripada kaca hitam yang tidak memantulkan cahaya. Tampa memberhentikan kenderaan yang dinaikinya, dia terus meluru kearah bangunan itu. Segera jaluran-jaluran cahaya berwarna biru kelihatan lalu memecahkan kaca hitam itu dalam bentuk beberapa segi kecil kemudian ia membuka ruang seinci lagi sebelum tayar kenderaan itu mengenainya.
Setelah memberhentikan kenderaannya ditengah-tengah bangunan itu dia memerhatikan keadaan sekeliling. Seolah-olah mengimbas keadaan. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Hanya dinding-dinding kaca yang memenuhi ruang. Cahaya bulan dan bintang dilangit dapat dilihat terus jikalau mendongak keatas. Dibawah lelaki terdapat lambang berbentuk bulat dihiasi dengan lukisan penumbuk besar mengengam keris keluar dari permukaan tanah. Disekeliling lukisan itu pula terdapat tulisan yang berbunyi:
‘Jabatan Penguatkuasaan Entiti Paranormal Kebangsaan Dan Antarabangsa’
Dibawahnya pula tertulis singkatan P.E.P.K.A dengan slogan Cekap. Selamat. Misteri.  
Satu lambang yang cukup gah tetapi malangnya tidak ramai yang mengetahui akan kewujudannya. Seketika kemudian lambang besar itu mula bercahaya dan bergerak-gerak membentuk pelantar sphera. Bunyi mekanisma berkunci kedengaran memenuhi segenap ruang. Perlahan lambang besar itu mula turun kebawah tanah membawa sekali lelaki dewasa bersama motorsikal berkuasa tingginya. Semakin lama pergerakkan semakin laju. Hanya beberapa saat pelantar itu telah membawanya beberapa ratus kaki kebawah tanah. Dalam pada masa itu dia teringat akan perbualan dia dengan salah seorang daripada anak buahnya beberapa hari yang lalu.
Imbas Kembali
Dengungan bunyi menanti panggilan dijawab bergema ditelinganya.
“Helo… Assalammualaikum.”
“Mualaikumsaalam. Hello. Ya. Tuan.”
“Macam mana keadaan kamu disana.”
“Alhamdullilallh… semuanya baik sahaja disini Tuan.”
“Bagus. Harap penyamaran kamu berdua disana tidak dapat dikesan.”
“Harapnya begitu. Sudah bertahun lamanya kami menyamar disini dan kadang-kadang kami telah terbiasa sehingga terlupa siapa diri kami yang sebenarnya.”
“Begitulah hendaknya. Kamu berdua adalah antara ejen terbaik kami. Tugas sebegini sudah tentu tidak menjadi sebarang masalah kepada kamu. Jangan sesekali lupa akan tanggungjawab yang telah diamanahkan.”
“Tidak Tuan. Memang kami tidak akan lupa selagi ianya belum selesai.”
“Baiklah. Bercakap mengenai tanggungjawab, bagaimana keadaan subjek?”
“Semuanya mengikut perancangan Tuan. Dia sekarang berada di sekolah peralihan. Bila ada masa terluang kami sekeluarga akan pergi melawat. Sehingga kini keadaannya disana baik-baik sahaja Tuan. Cuma ibunya tidak senang duduk.”
“Siapa? Fatimah?”
“Ya Tuan.”
“Hm… itu memang sifat naluri seorang wanita dan saya pasti kamu sebagai ayah juga tidak kurang perasaannya. Kamu berdua jangan risau, mata-mata kami akan sentiasa mengawasi subjek. Tambahan pula salah seorang dari cerdik pandai berada disitu bersamanya. Atau lebih tepat lagi separuh cerdik pandai.”
“Baik Tuan. Cuma sebelum ini kejadian-kejadian diluar dugaan kerap berlaku sehingga menyebabkan subjek hampir-hampir terbunuh.”
“Ya betul tu. Tempoh matang subjek datang lebih awal dari jangkaan. Pihak musuh juga tidak menyangkakan yang ini akan berlaku. Perkara yang dianggap enteng telah membawa padah kepada semua rancangan pembunuhan subjek. Lebih lagi Panglima Hitam yang telah berpaling tadah telah memberi faedah yang amat bermakna kepada kami. Setiap kali ejen kami keluar dari persembunyian untuk mengambil tindakkan, Panglima Hitam terlebih dahulu akan bertindak. Memang hebat Panglima Hitam itu. Alangkah bagusnya jika dia dapat menjadi salah seorang dari ejen kami. Nasib baik memang menyebelahi kita pada waktu itu. Tetapi sekarang kita mungkin akan kehabisan tuah.”
“Apa maksud Tuan?”
“Susah saya hendak terangkan. Mengikut bacaan radar-radar pusat kawalan, aktiviti-aktiviti paranormal semakin menjadi-jadi di Negara ini. Lebih-lebih lagi di sekitar Pulau Langkawi. Pada firasat saya, ianya ada kaitan dengan kehadiran subjek disana dan tempoh matang subjek yang sepatutnya dalam pengiraan adalah apabila umurnya meningkat 18 tahun. Pihak musuh mengetahui bahawa jikalau subjek telah mencapai tahap matang, rancangan untuk membunuhnya menjadi semakin sukar dan kemungkinan akan gagal sama sekali. Sebab itu peningkatan aktiviti paranormal adalah petanda bahawa pihak musuh telah minngkatkan usaha untuk membunuh subjek.”
“Huh… Nampaknya betullah amaran yang telah diberikan oleh Nenek Kebayan Tuan.”
“Bil… Bila?”
“Beberapa hari yang lepas Nenek Kabayan telah datang kerumah kami memberi amaran akan bencana yang akan datang melanda. Dia menasihati kami supaya lebih berhati-hati.”
“Tetapi subjek bukan lagi berada dibawah jagaan kamu sepenuh masa. Apakah maksud Nenek Kebayan?”
“Nampaknya Nenek Kebayan mengetahui sesuatu yang kita tidak jangkakan. Saya sendiri tidak terfikir untuk bertanya lebih lanjut kerana kami berdua menyangkakan amaran tersebut disebabkan kami adalah penjags subjek.”
“Awal… ini sesuatu yang sangat sirius. Mohon hadirkan diri ke ibu pejabat esok. Bawa Fatimah sekali. Kita akan adakan mesyuarat tergempar akan perkara ini.”
“Ayah… Ayah…”
“Ya! Sekejap. Ayah tengah cakap telifon ni… Tuan. Maaf, anak saya…”
“Tak apa. Kita bincang lebih lanjut dalam mesyuarat nanti.”
“Baik Tuan.”
“Dan Awal… tolong berhati-hati.”
“Te… terimakasih Tuan.”
“Sama-sama.”
Bunyi talian telifon dimatikan bergema berulang kali di telinganya.
Pemandangan didalam terowong yang kusam tiba-tiba bertukar cerah. Dihadapannya kini terdampar satu ruang yang sangat luas berbentuk sphera. Ditengah-tengah pula merupakan satu kawasan yang lohong dimana bumbungnya memaparkan keadaan langit serta suasana diluar. Dikiri dan kanan dinding pula terdapat bertingkat-tingkat ruang pejabat. Jujuran-jujuran cahaya lampu menerangi setiap kawasan sehingga diufuk. Terdapat beberapa tiub kaca yang berhubung dari langit sphera sehingga kebawah dimerata-rata tempat. Rupanya terdapat banyak lagi pintu masuk ke dalam markas bawah tanah ini. Dimana-mana sahaja mata memandang pasti terdapat kelibat-kelibat manusia yang berpakaian kemas sibuk dengan tugasan masing-masing walaupun waktu-waktu lewat begini.
“Ting… Anda telah tiba di Pusat Kawalan.” Bunyi suara wanita elektronik yang sama bergema kembali.
Mendarat sahaja pelantar tersebut dia terus turun dari kenderaan yang diduduki lalu pintu besi dihadapannya terbuka secara automatik. Beberapa orang pegawai yang kelihatan segak sedang menanti kehadirannya dengan wajah cemas.
“Stat…” pinta Kaptain Ejen T tenang sambil berjalan ke pusat kawalan.
Pegawai-pegawai itu mengekorinya dan salah seorang dari mereka membentangkan laporan terkini seperti yang diminta dengan penuh semangat.
“Bacaan meter pemgimbas menunjukkan terdapat gangguan electromagnetik yang kuat dan peningkatan kadar radiasi tinggi dibeberapa kawasan Tuan terutama sekali di laluan lebuhraya utara selatan.”
“Tiada apa yang luar biasa. Sebab itu sahaja ke saya dipanggil tengah-tengah malam begini?”  dia menoleh kearah pegawai tersebut dengan wajah sedikit berang.
“Ma… maafkan saya Tuan. Tetapi bukan saya yang membuat panggilan itu.” Jelas pegawai itu terkasima.
“Habis tu siapa?”
Pegawai itu menunjukkan skrin empat segi kecil ditanggannya yang berkelip-kelip merah.
“Bacaan kali ini lebih teruk daripada apa yang kita pernah terima dahulu. Sehingga 200%. Kod merah. Dalam keadaan kritikal sebegini sistem akan secara automtik mengesan dan memanggil pegawai tertinggi untuk mengenal pasti, merancang dan mengambil tindakkan.”
“Baiklah. Tadi kamu berkata tentang lebuh raya utara selatan. Arah mana?” Tanya Kapten Ejen T seperti telah dapat mengagak akan sesuatu.
“Imbasan radar kali terakhir menunjukkan peningkatan aktiviti berlaku pada jalan menuju… arah utara.” Jawap pegawai itu sambil menekan-nekan beberapa butang diskrin mudah alih ditangganya.
“Ya tuhan!” terpacul perkataan itu dari mulut Kapten Ejen T dengan riak wajah terkejut bercampur kerisauan.

‘Pemburuan sudah pun bermula.’ Bisik hati kecilnya yang bergetar.
Tamat Bab 6

No comments:

Post a Comment