Bandar Melaka. Sebuah bandar yang
terkenal dengan sejarah. Suatu bandar yang megah dengan kemajuan perdagangan
pada suatu masa dahulu. Orang-orang dari serata dunia datang kesini untuk
berdagang dan berniaga kerana ia terletak ditengah-tengah laluan sutera.
Disebabkan kekayaan yang terhasil dari kemajuan perdagangan, tanah sekakangkang
kera ini menjadi rebutan oleh kuasa-kuasa besar dunia pada zaman dahulu.
Peperangan, perebutan kuasa, helah, kekejaman dan tipu daya telah sebati
didalam tanah ini. Sekarang dengan kemajuan zaman yang tinggal disini hanyalah
sisa-sisa menjadi bukti kepada zaman kegemilangannya. Tetapi tiada siapa
mengetahui dibawah tanah pusat bandar Melaka ini tersimpan sesuatu yang
dirahsiakan dari mata umum sejak sekian lama. Rahsia yang tidak boleh diketahui
akan kewujudannya demi keselamatan sejagat. Rahsia yang hanya boleh diketahui
oleh sesetengah orang sahaja.
DIpinggir bandar Melaka terdapat satu
kawasan yang dikawal rapi dengan peralatan-peralatan keselamatan canggih dan
terkini. Panggar-panggar batu konkrit yang sangat tebal serta tinggi menghiasi
bangunan kecil empat segi bewarna hitam yang terdapat ditengahnya.
Menara-menara pemerhati lengkap dengan pegawai bersenjata diletakkan disetiap
sudut bagi meninjau keadaan sekeliling. Kamera litar tertutup serta
pengawal-pengawal ronda beranjing memenuhi setiap inci luaran bangunan.
Walaupun tempat lain gelap gelita dan malap, hanya disini ia terang benderang
dengan lampu. Adakah ia penjara? atau kilang membuat duit Negara? Bank Negara
pun tidak dikawal seketat ini. Apakah yang sangat penting dikawal disini dengan
begitu ketat sekali.
Di pagar pintu masuk hadir sebuah
kenderaan bermotor dua roda berkuasa tinggi. Deruman enjin motor itu
mendebarkan jantung sesiapa sahaja yang mendengarnya. Dengan berpakaian jaket
kulit bewarna hitam dan berseluar jeans biru dengan mudah dia menolak tongkat
untuk menstabilkan kenderaan. Dihadapannya tersegam pintu pagar besi yang
sangat padu. Disebelah kanan terdapat skrin yang menyala secara automatik.
Seketika, tertera perkataan dan suara
electronik wanita. “Sila sahkan identiti anda.”
Perlahan dia menoleh. Pemakaian
cermin mata hitam pada waktu malam tidak sedikitpun menjejaskan penglihatannya.
Seperti telah biasa akan pertanyaan itu lelaki dewasa berumur dalam lingkungan
30-an dengan mudah mengangkat tangan dan
diletakkan dihadapan skrin. Seraya itu terkeluar satu cahaya dari skrin untuk
mengimbas cip keselatan elektronik yang tertanam didalam kulit tangan. Beberapa
saat setelah diimbas terpapar diskrin itu kata alu aluan.
“Selamat datang Kapten Ejen T” ujar suara elektronik itu dan terbukalah pintu
pagar besi padu dihadapannya sebanyak tiga lapisan.
“Terima kasih Nova” garau suara
lelaki itu membalas.
Tampa membuang masa lelaki itu memecut
masuk. Laluan jalan yang dilalui lebar terus kehadapan membelah air kolam yang
luas dan dalam. Dihadapannya tersegam bangunan empat segi bewarna hitam.
Rupanya ia diperbuat daripada kaca hitam yang tidak memantulkan cahaya. Tampa
memberhentikan kenderaan yang dinaikinya, dia terus meluru kearah bangunan itu.
Segera jaluran-jaluran cahaya berwarna biru kelihatan lalu memecahkan kaca
hitam itu dalam bentuk beberapa segi kecil kemudian ia membuka ruang seinci
lagi sebelum tayar kenderaan itu mengenainya.
Setelah memberhentikan kenderaannya
ditengah-tengah bangunan itu dia memerhatikan keadaan sekeliling. Seolah-olah
mengimbas keadaan. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Hanya
dinding-dinding kaca yang memenuhi ruang. Cahaya bulan dan bintang dilangit
dapat dilihat terus jikalau mendongak keatas. Dibawah lelaki terdapat lambang
berbentuk bulat dihiasi dengan lukisan penumbuk besar mengengam keris keluar
dari permukaan tanah. Disekeliling lukisan itu pula terdapat tulisan yang berbunyi:
‘Jabatan Penguatkuasaan Entiti
Paranormal Kebangsaan Dan Antarabangsa’
Dibawahnya pula tertulis singkatan
P.E.P.K.A dengan slogan Cekap. Selamat. Misteri.
Satu lambang yang cukup gah tetapi
malangnya tidak ramai yang mengetahui akan kewujudannya. Seketika kemudian
lambang besar itu mula bercahaya dan bergerak-gerak membentuk pelantar sphera.
Bunyi mekanisma berkunci kedengaran memenuhi segenap ruang. Perlahan lambang
besar itu mula turun kebawah tanah membawa sekali lelaki dewasa bersama
motorsikal berkuasa tingginya. Semakin lama pergerakkan semakin laju. Hanya
beberapa saat pelantar itu telah membawanya beberapa ratus kaki kebawah tanah.
Dalam pada masa itu dia teringat akan perbualan dia dengan salah seorang
daripada anak buahnya beberapa hari yang lalu.
Imbas
Kembali
Dengungan bunyi menanti panggilan
dijawab bergema ditelinganya.
“Helo… Assalammualaikum.”
“Mualaikumsaalam. Hello. Ya. Tuan.”
“Macam mana keadaan kamu disana.”
“Alhamdullilallh… semuanya baik
sahaja disini Tuan.”
“Bagus. Harap penyamaran kamu berdua
disana tidak dapat dikesan.”
“Harapnya begitu. Sudah bertahun
lamanya kami menyamar disini dan kadang-kadang kami telah terbiasa sehingga
terlupa siapa diri kami yang sebenarnya.”
“Begitulah hendaknya. Kamu berdua
adalah antara ejen terbaik kami. Tugas sebegini sudah tentu tidak menjadi
sebarang masalah kepada kamu. Jangan sesekali lupa akan tanggungjawab yang
telah diamanahkan.”
“Tidak Tuan. Memang kami tidak akan
lupa selagi ianya belum selesai.”
“Baiklah. Bercakap mengenai
tanggungjawab, bagaimana keadaan subjek?”
“Semuanya mengikut perancangan Tuan.
Dia sekarang berada di sekolah peralihan. Bila ada masa terluang kami
sekeluarga akan pergi melawat. Sehingga kini keadaannya disana baik-baik sahaja
Tuan. Cuma ibunya tidak senang duduk.”
“Siapa? Fatimah?”
“Ya Tuan.”
“Hm… itu memang sifat naluri seorang
wanita dan saya pasti kamu sebagai ayah juga tidak kurang perasaannya. Kamu
berdua jangan risau, mata-mata kami akan sentiasa mengawasi subjek. Tambahan
pula salah seorang dari cerdik pandai berada disitu bersamanya. Atau lebih
tepat lagi separuh cerdik pandai.”
“Baik Tuan. Cuma sebelum ini kejadian-kejadian
diluar dugaan kerap berlaku sehingga menyebabkan subjek hampir-hampir
terbunuh.”
“Ya betul tu. Tempoh matang subjek
datang lebih awal dari jangkaan. Pihak musuh juga tidak menyangkakan yang ini
akan berlaku. Perkara yang dianggap enteng telah membawa padah kepada semua
rancangan pembunuhan subjek. Lebih lagi Panglima Hitam yang telah berpaling
tadah telah memberi faedah yang amat bermakna kepada kami. Setiap kali ejen
kami keluar dari persembunyian untuk mengambil tindakkan, Panglima Hitam terlebih
dahulu akan bertindak. Memang hebat Panglima Hitam itu. Alangkah bagusnya jika
dia dapat menjadi salah seorang dari ejen kami. Nasib baik memang menyebelahi
kita pada waktu itu. Tetapi sekarang kita mungkin akan kehabisan tuah.”
“Apa maksud Tuan?”
“Susah saya hendak terangkan.
Mengikut bacaan radar-radar pusat kawalan, aktiviti-aktiviti paranormal semakin
menjadi-jadi di Negara ini. Lebih-lebih lagi di sekitar Pulau Langkawi. Pada
firasat saya, ianya ada kaitan dengan kehadiran subjek disana dan tempoh matang
subjek yang sepatutnya dalam pengiraan adalah apabila umurnya meningkat 18
tahun. Pihak musuh mengetahui bahawa jikalau subjek telah mencapai tahap
matang, rancangan untuk membunuhnya menjadi semakin sukar dan kemungkinan akan
gagal sama sekali. Sebab itu peningkatan aktiviti paranormal adalah petanda
bahawa pihak musuh telah minngkatkan usaha untuk membunuh subjek.”
“Huh… Nampaknya betullah amaran yang
telah diberikan oleh Nenek Kebayan Tuan.”
“Bil… Bila?”
“Beberapa hari yang lepas Nenek
Kabayan telah datang kerumah kami memberi amaran akan bencana yang akan datang
melanda. Dia menasihati kami supaya lebih berhati-hati.”
“Tetapi subjek bukan lagi berada
dibawah jagaan kamu sepenuh masa. Apakah maksud Nenek Kebayan?”
“Nampaknya Nenek Kebayan mengetahui
sesuatu yang kita tidak jangkakan. Saya sendiri tidak terfikir untuk bertanya
lebih lanjut kerana kami berdua menyangkakan amaran tersebut disebabkan kami
adalah penjags subjek.”
“Awal… ini sesuatu yang sangat
sirius. Mohon hadirkan diri ke ibu pejabat esok. Bawa Fatimah sekali. Kita akan
adakan mesyuarat tergempar akan perkara ini.”
“Ayah… Ayah…”
“Ya! Sekejap. Ayah tengah cakap
telifon ni… Tuan. Maaf, anak saya…”
“Tak apa. Kita bincang lebih lanjut
dalam mesyuarat nanti.”
“Baik Tuan.”
“Dan Awal… tolong berhati-hati.”
“Te… terimakasih Tuan.”
“Sama-sama.”
Bunyi talian telifon dimatikan
bergema berulang kali di telinganya.
Pemandangan didalam terowong yang
kusam tiba-tiba bertukar cerah. Dihadapannya kini terdampar satu ruang yang
sangat luas berbentuk sphera. Ditengah-tengah pula merupakan satu kawasan yang
lohong dimana bumbungnya memaparkan keadaan langit serta suasana diluar. Dikiri
dan kanan dinding pula terdapat bertingkat-tingkat ruang pejabat.
Jujuran-jujuran cahaya lampu menerangi setiap kawasan sehingga diufuk. Terdapat
beberapa tiub kaca yang berhubung dari langit sphera sehingga kebawah dimerata-rata
tempat. Rupanya terdapat banyak lagi pintu masuk ke dalam markas bawah tanah
ini. Dimana-mana sahaja mata memandang pasti terdapat kelibat-kelibat manusia
yang berpakaian kemas sibuk dengan tugasan masing-masing walaupun waktu-waktu
lewat begini.
“Ting… Anda telah tiba di Pusat
Kawalan.” Bunyi suara wanita elektronik yang sama bergema kembali.
Mendarat sahaja pelantar tersebut dia
terus turun dari kenderaan yang diduduki lalu pintu besi dihadapannya terbuka
secara automatik. Beberapa orang pegawai yang kelihatan segak sedang menanti
kehadirannya dengan wajah cemas.
“Stat…” pinta Kaptain Ejen T tenang
sambil berjalan ke pusat kawalan.
Pegawai-pegawai itu mengekorinya dan
salah seorang dari mereka membentangkan laporan terkini seperti yang diminta
dengan penuh semangat.
“Bacaan meter pemgimbas menunjukkan
terdapat gangguan electromagnetik yang kuat dan peningkatan kadar radiasi
tinggi dibeberapa kawasan Tuan terutama sekali di laluan lebuhraya utara
selatan.”
“Tiada apa yang luar biasa. Sebab itu
sahaja ke saya dipanggil tengah-tengah malam begini?” dia menoleh kearah pegawai tersebut dengan
wajah sedikit berang.
“Ma… maafkan saya Tuan. Tetapi bukan
saya yang membuat panggilan itu.” Jelas pegawai itu terkasima.
“Habis tu siapa?”
Pegawai itu menunjukkan skrin empat
segi kecil ditanggannya yang berkelip-kelip merah.
“Bacaan kali ini lebih teruk daripada
apa yang kita pernah terima dahulu. Sehingga 200%. Kod merah. Dalam keadaan
kritikal sebegini sistem akan secara automtik mengesan dan memanggil pegawai
tertinggi untuk mengenal pasti, merancang dan mengambil tindakkan.”
“Baiklah. Tadi kamu berkata tentang
lebuh raya utara selatan. Arah mana?” Tanya Kapten Ejen T seperti telah dapat
mengagak akan sesuatu.
“Imbasan radar kali terakhir
menunjukkan peningkatan aktiviti berlaku pada jalan menuju… arah utara.” Jawap
pegawai itu sambil menekan-nekan beberapa butang diskrin mudah alih ditangganya.
“Ya tuhan!” terpacul perkataan itu
dari mulut Kapten Ejen T dengan riak wajah terkejut bercampur kerisauan.
‘Pemburuan sudah pun bermula.’ Bisik
hati kecilnya yang bergetar.
Tamat Bab 6